Hai guyss... Okk next prosess selepas kedua-dua belah duri tepi dibuang, daun mengkuang akan dibelah bergantung kepada saiz ‘bilah’ yang ingin dihasilkan.Selepas itu,bilah-bilah mengkuang atau mengkuang yang telah dikecilkan saiznya mengikut kelebaran yang dikendaki dengan alat yang dipanggil jangka.
contoh jangka
Selepas itu, belahan - belahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut.
contoh melurut bilah mengkuang
Melurut mengkuang untuk melembutkan bilah dan melicinkan
permukaannya. Bilah yang sudah dilurut dilipat tetapi tidak sampai patah lalu
diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga hari. Dalam tempoh itu,
air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-bilah itu tidak
lebam dan berbau busuk.
contoh rendaman mengkuang
contoh rendaman mengkuang
Setelah direndam, bilah -bilah mengkuang akan dijemur sehingga kering selama satu atau dua hari. Tambahan , warna yang ingin digunakan bergantung kepada warna yang ingin dihasilkan bilah -bilah mengkuang sekali lagi akan direndam didalam cecair pewarna untuk menghasilkan bilah -bilah yang pelbagai warna. Sekali lagi , bilah - bilah yang telah diwarnakan dijemur dan dikeringkan . Saya menyatakan ia sebagai tambahan kerana tikar yang belajar ialah tikar rebok(tikar biasa).
PROSES MENGAYAM
a) Melagang . Proses mengayam bermula dengan melagang, iaitu mengayam pada bahagian tengah atau tulang tikar. Proses melagang ini akan menentukan panjang atau pendek tikar tersebut
b) Mengayam . Proses mengayam adalah menyelang - nyelikan daun mengkuang bermula daripada asas melagang sehingga ke bahagian tepi.
PROSES MENGAYAM
a) Melagang . Proses mengayam bermula dengan melagang, iaitu mengayam pada bahagian tengah atau tulang tikar. Proses melagang ini akan menentukan panjang atau pendek tikar tersebut
b) Mengayam . Proses mengayam adalah menyelang - nyelikan daun mengkuang bermula daripada asas melagang sehingga ke bahagian tepi.
c) Menyisip. Seterusnya sisipan dilakukan , iaitu
meregang anyaman untuk memasukkan jaluran lebihan bagi proses menyambung
atau mematikan anyaman. Sisipan juga dilakukan untuk mengemaskan ayaman
supaya tidak terburai atau longgar.
d) Mengerat. Proses terakhir dalam mengayam ialah
mengerat, iaitu memotong bahagian yang berlebihan. Proses ini dilakuakan
sebagai kemasan anyaman.
Gambar proses mengkuang diayam.
Gambar proses mengkuang diayam.