Monday, 7 December 2015

IN PROGRESS



 Hai guyss... Okk next prosess selepas kedua-dua belah duri tepi dibuang, daun mengkuang akan dibelah bergantung kepada saiz ‘bilah’ yang ingin dihasilkan.Selepas itu,bilah-bilah mengkuang atau mengkuang yang telah dikecilkan saiznya mengikut kelebaran yang dikendaki dengan alat yang dipanggil jangka.         


                                                           contoh jangka













Selepas itu, belahan - belahan  yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak  kira-kira satu kaki dari ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut.


contoh melurut bilah mengkuang














Melurut mengkuang untuk melembutkan bilah dan melicinkan permukaannya. Bilah yang sudah dilurut dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga hari. Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk. 



                                               contoh rendaman mengkuang





            Setelah direndam, bilah -bilah mengkuang akan dijemur sehingga kering selama satu atau dua hari. Tambahan , warna yang ingin digunakan bergantung kepada warna yang ingin dihasilkan bilah -bilah mengkuang sekali lagi akan direndam didalam cecair pewarna untuk menghasilkan bilah -bilah  yang pelbagai warna. Sekali lagi , bilah - bilah yang telah diwarnakan dijemur dan dikeringkan . Saya menyatakan ia sebagai tambahan kerana tikar yang belajar ialah tikar rebok(tikar biasa).

  PROSES MENGAYAM 

         a) Melagang . Proses mengayam bermula dengan melagang, iaitu mengayam pada bahagian tengah atau tulang tikar. Proses melagang ini akan menentukan panjang atau pendek tikar tersebut

       b) Mengayam . Proses mengayam adalah menyelang - nyelikan daun mengkuang bermula daripada asas melagang sehingga ke bahagian tepi.

        c) Menyisip. Seterusnya sisipan dilakukan , iaitu meregang anyaman untuk memasukkan jaluran lebihan bagi proses menyambung atau mematikan anyaman. Sisipan juga dilakukan untuk mengemaskan ayaman supaya tidak terburai atau longgar. 

        d) Mengerat. Proses terakhir dalam mengayam ialah mengerat, iaitu memotong bahagian yang berlebihan. Proses ini dilakuakan sebagai kemasan anyaman.  





Gambar proses mengkuang diayam.










































Monday, 23 November 2015

Next process



Hai assalamualaikum guy..sekarang saya sambung proses membuat tikar mengkuang..okey lah, next proses ialah ambil semula daun mengkuang yang telah dijemur dan kita boleh start untuk membuat tikar mengkuang.








Erm,lupa nk cakap sebelum mengayam mengkuang kita perlu potong daun mengkuang itu mengikut saiz. Bahan yang akan digunakan untuk memotong daun mengkuang ialah sabut kelapa ataupun pisau kecil .Biasanya ianya dipotong dalam ukuran 3 1/2 kaki sehingga 8 kaki.









 Makcik Eshah  memotong daun mengkuang supaya daun mengkuang terhasil mengikut saiz yang kita hendak dengan menggunakan sautas serat sabut yang diregangkan di ibu jari dan jari telunjuk.




 Ini adalah contoh urat sabut yang digunakan untuk membuat ukuran daun mengkuang .


Sebelum itu,ikat urat sabut kelapa itu dibahagian atas dan bawah mengikut saiz yang kita hendak.



Selepas itu, bolehlah  memotong daun mengkuang mengikut saiz yang kita hendak. Selepas dipotong, duri tengah daun mengkuang tadi akan dibuang dengan menggunakan pisau kecil. Daun - daun yang dikerat berdasar anggaran tadi akan dikerat sekata sekali lagi berdasarkan saiz sebenar ukuran tikar yang akan dibuat.





















Ini adalah contoh memotong daun mengkuang .



to be continue..^-^

Monday, 2 November 2015

PROSES



Hai guys,k sekarang ni saya nak cerita serba sedikit tentang proses membuat tikar mengkuang ..Erm selepas pergi tengok pokok mengkuang tu, pakcik zainol tolong ambikkan daun mengkuang untuk dijadikan tikar ..



pokok mengkuang yang telah ditebang


Di atas ialah antara gambar yang ditebang oleh pakcik zainol. Cara menebang pokok mengkuang ni agak rumit kerana pokok mengkuang ini mempunyai duri yang banyak pada bahagian daunnya.



daun mengkuang


Inilah daun mengkuang yang telah ditebang oleh pakcik zainol tadi..Okey, Selepas itu,daun mengkuang itu haruslah dijemur di bawah sinaran matahari supaya ia lembut dan boleh dilenturkan..Ini antara proses-proses yang sering digunakan oleh pakcik zainol..Selain itu,cara ataupun proses lain yang digunakan oleh beliau ialah daun mengkuang itu dilayukan dengan api ..Selepas itu , barulah dijemur ..Proses ini tidak akan mengambil masa yang lama berbanding daun mengkuang tersebut terus dijemur di bawah cahaya matahari.Proses ini hanya mengambil masa 2 atau 3 hari sahaja untuk keringkan daun mengkuang kerana daun tersebut telah dilayukan dengan api.



tempat unggun api 


Antara contoh, daun mengkuang dilayukan dengan api..












o


Daun mengkuang dibakar,selepas itu dijemur di bawah cahaya matahari.. 



Setakat inilah dahulu, to be continue..bye u guys..(^-^)


Monday, 26 October 2015



Assalamualaikum guys,,rasa nyer dah lame sangat  tak update blog ni kan..Maaf la,xsempat sebb sibuk dengan tugasan yang lain..Okey lah,sekarang ni saya share sikit my journey semasa nak pergi rumah makcik ni..k, makcik ni membuat tikar mengkuang kat rumah dia je..Rumah dia Kg,Batu Balai,Kuala Krai ... Semasa saya pergi umah makcik tu, saya jumpa sekumpulan......




          TAAAAAADDAAAAAA


Sekumpulan angsa


Saya jumpa sekumpulan angsa..hehehe..Comel kan..Macam ni la,suasana kampung..
kepada sesiapa yang xde kmpung tu,mesti pernah tengak kan..hehe...okey..erm.Jalan punyer jalan sampai sudah rumah makcik tu...Makcik dan suaminyer dah pun menunggu saya ..Selepas selesai cakap-cakap dengan makcik tu,Makcik tu membawa saya ke tempat di mana ada nyer pokok mengkuang..First time dalam hidup saya , tu pertama kali saya kenal dan tengok pokok mengkuang..Mesti korang xkenal jugak..kan..kann.heehee


                                                                 
                                                                  Pokok Mengkuang


Ni lah pokok mengkuang ..Pokok mengkuang sekarang ni, dah tak banyak dah ..Pokok mengkuang ni dah semakin pupus mybe disebabkan faktor ekonomi sekarang kot....erm ,setakat ni lah dahulu...
to be continue..byeeeee (^_^)

Tuesday, 13 October 2015

ABOUT MY ORGANIZATION




Hai guys,k sekarang ni sya nk smbung sket sal organasasi sya tu, ^_^...okey..kan saya ada ckap sal makcik yang terima sya tu la..Ermm k, sya citerkan serba sedikit psal biodata makcik ni.,nama diberi Eshah binti Jusoh..biase nyer orang panggil makcik ni,KakSah....kiranyer makcik glemor dgan KakSah a.k.a KakSoh org kg panggil..KakSah ni dah berumur 53 tahun..Dia mempunyai 8 orng anak..makcik ni seorng yang baik hati dan friendly orangnyer..

  Tentang orgasasi ni ,makcik ni pembuat anyaman tikar mengkuang..susah tau nak cari pembuat tikar mengkuang sekarang ni..yela ,sekarang semua dah ada karpet,tikar plastik dan macam2 lagi..Lagi pun, sekarang ni susah nak dapat kan mengkuang ni..tpi untungnyer sya dapat berjumpe dgan makcik sebab makcik ni mempunyai tempat yang di mana dia ambik mengkuang ni..kiranyer xguna supplier pun..Soo,sya boleh la belajar n thu serba sedikit pasal mengkuang ni..Bkan semua orang dapat ni tau..hehehe..Nanti sya akan update sal proses @ cara2 ni buat tikar mengkuang ni..Sebelum itu, sya nk tunjuk hasil kerja makcik ni..


 











         Ni antara gambar2 yang sya ambik,hasil tangan makcik ni iaitu tikar mengkuang..so, kalau nak tahu lagi psal proses n cara2 nak buat tikar ni,stay tuned with my blog...^_^...k..


hello..hai u ozls....selamat pagi semua...harap2 sihat lah yeaa..heehhe.okey, mesti korang tertnye2 apa tu Apprenticeship Textile kan... Okey,sekarang ni sya nk bgtau apa Apprenticeship textile ni pasal kita cari satu organisasi yang membuat produk dari hasil tangan diaorang sendiri dan kita kena belajar dan faham apa yang buat n then kitaorang kena  relate produk tu dengan tekstil untuk jadikan satu produk yang lain..,harap2 korang fham lah yeaaa..hehe..Okey,sekarang ni sya nak citer sket about my organization..tapi sebelum tu,sya nk bgtau sket, bkn main susah lagi nk dapatkan stu organisasi ni..yela sekarang ni kan tak ramai yang membuat sesuatu dengan hasil tangan diorang sendiri.majoriti yang jual import dari lua or dari kilang...Hari tu,sya ada blik kg untuk cari orgasasi mcm sya ckap td..pusing punyer pusing akhirnyer jupe lah dgan satu makcik ni...blaa.blaa.blaaa.Lpas jupe dgan makcik n terangkan apa yng kita akan buat dia ,dia terus bersetuju ... weiii,apa lagi happy la weiii..hahaha...Alright,setakat ni la dlu..t pape sy update lg citer sy ni..k

Saturday, 10 October 2015

INTRO


HELLO,ASSALAMUALAIKUM GUYS...

  Terlebih dahulu, saya perkenalankan dulu diri saya..Nama saya Rasyidah binti Mohd Nor..erm,boleh panggil saya syidah@ syida.. Umur saya sekarang ni dah masuk 21 tahun da. hehe .Saya asal dari Kelantan..Saya ex-student UiTM kampus Machang n saya baru je graduate ..hihi.. Tapi sekarang saya masih study kos yang sama, iaitu dibawah Fakulti ART & DESIGN di UiTM SHAH ALAM .... Ni first blog saya..jadi kalau ada salah pape sorry lah yer..maklum la,baru first time nak ada blog la katakan..hehe.

Okey, sebenarnya tujuan saya buat blog ni untuk assignment saya, iaitu Textile Apprenticeship...Ermm .mesti korang tak tahu kan apa benda la tu..kan..Sooo, kalau nak tahu follow la blog saya ni yea..hehe..Ermmm, saya rasa setakat ni dululah pengenalan kita yeaa..So, if u olsz want to know more and more about this, just follow my blog....okey..
 bye..^_^