Hai guys,k sekarang ni saya nak cerita serba sedikit tentang proses membuat tikar mengkuang ..Erm selepas pergi tengok pokok mengkuang tu, pakcik zainol tolong ambikkan daun mengkuang untuk dijadikan tikar ..
pokok mengkuang yang telah ditebang
Di atas ialah antara gambar yang ditebang oleh pakcik zainol. Cara menebang pokok mengkuang ni agak rumit kerana pokok mengkuang ini mempunyai duri yang banyak pada bahagian daunnya.
daun mengkuang
Inilah daun mengkuang yang telah ditebang oleh pakcik zainol tadi..Okey, Selepas itu,daun mengkuang itu haruslah dijemur di bawah sinaran matahari supaya ia lembut dan boleh dilenturkan..Ini antara proses-proses yang sering digunakan oleh pakcik zainol..Selain itu,cara ataupun proses lain yang digunakan oleh beliau ialah daun mengkuang itu dilayukan dengan api ..Selepas itu , barulah dijemur ..Proses ini tidak akan mengambil masa yang lama berbanding daun mengkuang tersebut terus dijemur di bawah cahaya matahari.Proses ini hanya mengambil masa 2 atau 3 hari sahaja untuk keringkan daun mengkuang kerana daun tersebut telah dilayukan dengan api.
tempat unggun api
Antara contoh, daun mengkuang dilayukan dengan api..
o
Daun mengkuang dibakar,selepas itu dijemur di bawah cahaya matahari..
Setakat inilah dahulu, to be continue..bye u guys..(^-^)
No comments:
Post a Comment