Hai assalamualaikum guy..sekarang saya sambung proses membuat tikar mengkuang..okey lah, next proses ialah ambil semula daun mengkuang yang telah dijemur dan kita boleh start untuk membuat tikar mengkuang.
Erm,lupa nk cakap sebelum mengayam mengkuang kita perlu potong daun mengkuang itu mengikut saiz. Bahan yang akan digunakan untuk memotong daun mengkuang ialah sabut kelapa ataupun pisau kecil .Biasanya ianya dipotong dalam ukuran 3 1/2 kaki sehingga 8 kaki.
Makcik Eshah memotong daun mengkuang supaya daun mengkuang terhasil mengikut saiz yang kita hendak dengan menggunakan sautas serat sabut yang diregangkan di ibu jari dan jari telunjuk.
Ini adalah contoh urat sabut yang digunakan untuk membuat ukuran daun mengkuang .
Sebelum itu,ikat urat sabut kelapa itu dibahagian atas dan bawah mengikut saiz yang kita hendak.
Selepas itu, bolehlah memotong daun mengkuang mengikut saiz yang kita hendak. Selepas dipotong, duri tengah daun mengkuang tadi akan dibuang dengan menggunakan pisau kecil. Daun - daun yang dikerat berdasar anggaran tadi akan dikerat sekata sekali lagi berdasarkan saiz sebenar ukuran tikar yang akan dibuat.
Ini adalah contoh memotong daun mengkuang .
to be continue..^-^